Pavilion Beseri25 News
Pavilion MRSM Beseri - Terkini!
Assalamualaikum semua,

Perkembangan pembinaan Pavilion MRSM Beseri telah melebihi 70%. ANSERI akan membuat pembayaran pertama berjumlah RM 98,325.00 esok. Baki pembayaran bagi tuntutan kedua akan dilakukan dlm masa terdekat.

Setakat ini kita cuma ada RM 130,000 di dalam akaun ANSERI.
Jumlah keseluruhan pembinaan ialah RM 200,000.
Ini bermakna kita masih kekurangan RM 70,000.

Kontraktor akan MENGHENTIKAN kerja pembinaan kerana menghadapi masalah kewangan.
Kita perlu mencari baki wang sebelum hujung Mei 2011 bagi memastikan kontraktor tidak menghentikan kerja pembinaan.

Gambar perkembangan terbaru pembinaan boleh di lihat di :

http://goo.gl/hNIZW

Cara memberi sumbangan:
1. Deposit tunai/cek/internet banking mengikut bilangan lot yang ingin disumbangkan ke akaunberikut:
a. Bank : Maybank
b. Nama : ANSERI ( Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia Cawangan Perlis )
c. No akaun : 5644 9030 3504

2. Email deposit slip ke This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it  
atau fax deposit slip 03 – 5122 8766, ATTN: Encik Nazarudin Razali

Mohd Ridzuan Mohamad Yunus
Handphone:019 355 1135
Email : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

 
Pembinaan Pavilion MRSM Beseri

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah semalam pihak Maktab, ANSERI & kontraktor, KTAS Resources Sdn Bhd, telah bermesyuarat bagi memastikan tapak pembinaan dan tarikh permulaan kerja.
Insya Allah kerja pembinaan akan dimulakan pada dari Selasa 25 Jan 2011 dan dijangka siap dalam masa 2 bulan. Tapak lokasi pembinaan jugak telah dipastikan bersama pihak MRSM Beseri.

Gambar sekitar aktiviti semalam boleh didapati di laman berikut :

http://www.facebook.com/album.php?aid=101577&id=1110331121
http://www.facebook.com/album.php?aid=102466&id=1110331121
http://www.facebook.com/album.php?aid=103420&id=1110331121

Terima kasih.

Mohd Ridzuan Mohamad Yunus
Handphone:019 355 1135
Email : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Sila click pada gambar untuk size besar.

meeting1 meeting2
sitevisit2 sitevisit3

Read more...
 
Pembinaan Pavilion Jubli Perak akan dimulakan
Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 tahun menempuh berbagai cabaran, akhirnya ANSERI telah melantik kontraktor bagi membina Pavilion Jubli Perak MRSM Beseri. Syarikat yg dilantik merupakan kepunyaan sahabat kita Saudara Kazrin dari batch 6.

Dalam pencarian kontraktor, kita telah menjemput sebanyak 10 syarikat kelas F dari Perlis (melalui Pejabat MARA Negeri) utk menghantar bidaan. Tetapi tiada satu pun kontraktor tersebut mengambil dokumen tender yg kita sediakan.  Kemungkinan mereka risau tentang bayaran kerana pembinaan ini dibiayai  sepenuhnya oleh ANSERI, bukan MARA.

Kita cuba menghadapi cabaran di mana kos pembinaan telah naik dgn mendadak dalam masa 2 tahun ini. Anggaran pembinaan sebanyak RM 160k merupakan anggaran pada  tahun 2009. Tiada kontraktor yg sanggup utk membida harga tersebut. Setelah  beberapa perubahan dilakukan (mengurangkan saiz binaan, mengubahsuai design bumbung dan beberapa perubahan kecil) kita telah mendapat bidaan terendah iaitu  RM 200k (tambahan RM 40k dari jangkaan asal).

Pembinaan Pavilion ini tidak boleh ditangguhkan lagi kerena kos pembinaan  semakin meningkat. Beberapa kali rundingan telah dilakukan dan akhirnya pihak  kontraktor, akitek, jurutera perunding, juruukur bahan telah bersetuju dgn harga  cadangan kontraktor iaitu RM 200k.

Setakat ini kita telah berjaya mengumpulkan RM 130k (duit ini telah berada dlm  akaun ANSERI). Kita menganggarkan kutipan tambahan sebanyak RM 45k utk tajaan  signboard utama Pavilion (RM 15k utk 1 logo. 3 logo telah ditempah oleh syarikat  warga ANSERI). Bermakna kita memerlukan  lebih kurang RM 25k lagi bagi membiayai pembinaan ini sepenuhnya.

Pihak kontraktor juga telah mengambil risiko bagi memulakan kerja walaupun pihak ANSERI belum mempunyai dana yg mencukupi. Insya Allah kita akan terus berusaha  mengumpulkan baki dana bagi memastikan Pavilion ini akan dapat disiapkan  sepenuhnya. Kerjasama dari seluruh warga ANSERI amat diharapkan.

Bagi tujuan memulakan pembinaan pavilion ini, pihak ANSERI, akitek & kontraktor  akan mengadakan mesyuarat dgn MRSM Beseri seperti berikut:

Tarikh : 20 Jan 2011 (KHamis)
Masa : 2 pm
Tempat : MRSM Beseri, Perlis

Insya Allah kerja2 pembinaan akan dimulakan secepat mungkin dan pembinaan dijangka mengambil masa selama 2 bulan.

Maklumat lanjut akan diumumkan selepas mesyuarat bersama MRSM Beseri.

Warga Anseri yg ingin menyertai mesyuarat ini amat dialu-alukan.

Sama-samalah kita berdoa semoga pembinaan ini berjalan dgn lancar dan dapat  disiapkan dlm tempuh yg dijanjikan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yg  telah selama ini membantu Anseri dalam usaha menjayakan projek ini.

Sekian. Terima kasih.

Mohd Ridzuan Mohamad Yunus
Handphone:019 355 1135
Email : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

 
Logo Rasmi Ulangtahun ke 25 MRSM Beseri

Assalamualaikum,

Setelah selesai undian, dengan rasminya dimaklumkan, logo bagi acara ulangtahun ke 25, MRSM Beseri telah dipilih sebulat suara seperti berikut:-

beseri-25-final-logo

Saudara Aloy akan membuat beberapa perubahan terhadap warna logo ini, untuk disesuaikan kegunaan pada sebaran media dan pengiklanan. Terima kasih kepada semua yang telah mengundi.

 
Sambutan Jubli Perak MRSM Beseri
Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah datang menjayakan Sambutan Jubli Perak MRSM Beseri dan Program SPKG pada 26-27 Jun. Alhamdullillah… acara-acara telah berjalan dengan lancar dan kehadiran anda memang telah menjadikan event ini sebuah aktiviti yang sungguh bermakna dan menyeronokan bagi semua yang disana - guru, kakitangan, pelajar dan Anserian (Abg Din kedai kat simpang pun happy). Good to see keakraban antara kita tidak kira Batch and everyone enjoying themselves.

Jika ada apa salah dan silap, harap dimaafkan and please point out apa dan dimana kami pihak AJK Anseri boleh perbetulkan dan menambah-baik. Jika anda ada idea utk disumbangkan, please come forward and maybe tahun depan kita boleh implement.

A special thank you kepada AJK Anseri dan Organizing Committee…dan orang-orang kuat dalam Anseri.

Kepada anda yang tidak dapat hadir…. your well wishes were deeply appreciated and hopefully tahun depan kita boleh sama-sama pergi menimba bakti di MRSM Beseri.

Gambar sekitar majlis ini boleh didapati di http://www.flickr.com/photos/mohdridzuan/

MRSM Beseri is the Best, the Best is MRSM Beseri…. so that, therefore, makes Anserians the GREATEST!

Nazaruddin

Presiden ANSERI
 
Home
SPKG 2012 - Terima Kasih Kepada Semua
Written by ANSERI News Desk   
Tuesday, 08 May 2012
SPKG2012
SPKG2012b


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga ANSERI yang dihormati,

Alhamdulillah, Program SPKG 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 4-6  Mei 2012 yang lalu dengan kehadiran lebih daripada 50 warga ANSERI. Sehubungan itu, setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ke atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan oleh kesemua warga ANSERI yang hadir & pihak MRSM Beseri dalam merealisasikan kesemua aktiviti SPKG bagi tahun 2012.

 Tidak dilupakan juga, ribuan penghargaan ke atas segala sokongan dan doa daripada warga ANSERI yang tidak dapat hadir ke SPKG 2012. InsyaAllah...Jika ada umur, ada rezeki, ada jodoh, ada  kesempatan, kita bertemu lagi di SPKG 2013.

Gambar-gambar sekitar program SPKG 2012 ANSERI boleh dilihat di laman web berikut:-

http://goo.gl/Y06P9

Sekian, sehingga berjumpa lagi.

Wan Fakaruddin @ O.D
< This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it >
Last Updated ( Tuesday, 08 May 2012 )
 
Sirih Pulang Ke Gagang 2012
Written by Anseri Web Admin   
Tuesday, 24 April 2012
SPKG2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Dengan hormatnya semua warga bekas pelajar MRSM Beseri dijemput ke Program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) 2012 yang akan diadakan pada 4 – 6 Mei 2012. Atur Cara bagi program SPKG 2012 adalah seperti berikut:-

ATUR CARA PROGRAM SPKG 2012  (* JADUAL TERKINI * (26 April 2012))

Jumaat, 4 Mei 2012
3.00 ptg          : Sesi Bersama Tenaga Pengajar
5.00 ptg          : Aktiviti Bebas
7.00 mlm        ; Makan Malam
8.30 mlm        : Sesi Motivasi Bersama Pelajar
10.30 mlm      : Minum Malam
11.00 mlm      : Sesi Hari Pertama Tamat
 
Sabtu, 5 Mei 2012
8.30 pg          : Pelajar & ANSERI berkumpul di padang berhadapan Pavillion
8.40 pg          : Ketibaan Pengetua MRSM Beseri
8.50 pg          : Ketibaan Mantan Pengetua MRSM Beseri yang pertama
9.00 pg          : MAJLIS PERASMIAN PAVILION & SPKG 2012
10.30 pg        : Minum Pagi
11.00 pg        : Sesi Persediaan Menghadapi Temuduga
11.00 pg        : Pedaftaran & Taklimat Program Kepada Peserta SPKG (Semua ANSERI)
1.00 ptg         : Makan Tengahari
2.00 ptg         : Sesi Mock Interview
4.30 ptg         : Rumusan Sesi Mock Interview
5.00 ptg         : Aktiviti Bebas
7.00 mlm       : Makan Malam
8.30 pg          : Sesi Mengenali Cabaran Selepas SPM
10.30 mlm     : Minum Malam
11.00 mlm     : Sesi Hari Kedua Tamat
 
Ahad, 6 Mei 2012
8.30 pg          : Pengenalan Sesi Career Talk
9.00 pg          : Sesi Career Talk : Sesi I
10.00 pg        : Minum Pagi
10.30 pg        : Sesi Career Talk : Sesi II
11.30 pg        : Sesi Career Talk : Sesi III
12.30 tgh       : Majlis Penutup Program SPKG 2012
1.00 ptg         : Majlis Bersurai
 
Maklumat lanjut sila ke laman web ANSERI http://www.anseri.org/ atau http://www.facebook.com/events/263487363745772/
 
Bagi yang ingin menyertai program di atas, sila emelkan Nama, Batch, No.HP, Emel, Bidang Kerjaya & Profession anda kepada o.D ( This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ) atau Hanizah ( This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ).
 
Kehadiran anda dalam menjayakan SPKG 2012 adalah amat dihargai dan diharapkan ikatan silaturrahim akan terus utuh di kalangan ANSERI.
 
Sekian,  terima kasih.
Last Updated ( Thursday, 26 April 2012 )
 
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.