ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Sambutan 25 Tahun MRSM Beseri
Sambutan 25 Tahun MRSM Beseri PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Thursday, 05 February 2009
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

1. Alhamdullilah, mesyuarat diantara ANSERI dan pihak MRSM Beseri telah diadakan dengan jayanya pada 31 Januari 2009, yang mana, secara dasarnya, pihak maktab dan ANSERI telah bersetuju untuk mengadakan sambutan ulang tahun Jubli Perak, 25 tahun MRSM Beseri.

2. Tarikh sambutan adalah pada - Khamis, 1 April 2010.

3. ANSERI telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengelola bersama majlis sambutan. Sebanyak hamper 12 jawatan kuasa kecil telah ditubuhkan, yang mana antaranya merangkumi tugas-tugas; majlis sambutan, penajaan, buku cenderamata, jemputan, pameran, keselamatan dan trafik, jamuan, aturcara, dan lain-lain.

4. Tugas utama untuk ANSERI adalah untuk mengadakan buku cenderamata, yang mana ianya mengandungi sejarah dan maklumat bergambar tentang MRSM Beseri. Selain itu, ANSERI juga diminta untuk mendapatkan penajaan bagi sambutan.

5. Sedikit kelainan bagi majlis sambutan, yang mana pada kali ini sambutan akan diadakan secara majlis Kenduri sepanjang hari. Antara idea-idea yang dicadangkan termasuk, pameran dari pelajar, gerai-gerai dari pelajar, bekas pelajar dan kakitangan, sesi majlis doa selamat, reverse door gift, persembahan, kids playground, dan pelbagai lagi.

6. Dengan demikian, saya ingin menjemput semua warga ANSERI, menyertai AJK Sambutan 25 tahun ini. Mesyuarat pertama akan diadakan pada hari Khamis, 12 Februari 2009. Lokasi mesyuarat di Avenue K, Jalan Ampang (opposite KLCC) dan bermula sekitar jam 8 malam. Memandangkan ini adalah sambutan besar-besaran, saya amat-amat berharap ramai warga ANSERI tampil untuk menjadi sebahagian dari AJK sambutan. Selain itu, warga-warga ANSERI dari negeri-negeri lain adalah digalakkan untuk menubuhan AJK kecil sambutan. Pembahagian tugas akan ditentukan kelak.

7. Pihak MRSM Beseri dan ANSERI menyasarkan penyertaan keseluruhan dari bekas pelajar, guru dan kaki tangan sekitar 1500 ~ 2000 orang.

8. Berkenaan Program Sirih Pulang Ke Gagang 2009, tarikh program adalah pada 11-12 April 2009. Sekali lagi, program Mock Interview akan menjadi program utama pada SPKG2009 kali ini.

Kepada yang berminat untuk menyertai AJK Sambutan 25 Tahun MRSMB dan AJK SPKG 2009, anda boleh memberikan nama, nombor telefon dan email kepada saya di This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it '; document.write( '' ); document.write( addy_text59629 ); document.write( '<\/a>' ); //-->\n This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau SMS 012-2353769.

Terima kasih.
 
Regards,

FahRoe Ibrahim
B7, 91431
Setiausaha, ANSERI
Last Updated ( Saturday, 02 May 2009 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.