ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Pavilion Jubli Perak MRSM Beseri
Pavilion Jubli Perak MRSM Beseri PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Friday, 24 April 2009

Pengenalan

MRSM Beseri telah dibuka secara rasmi pada 1 April 1985. Setelah hampir suku abad beroperasi, lebih 6000 graduan yang bakal mewarisi negara telah dilahirkan di sini.

Sebagai tanda penghargaan kepada institusi yang telah banyak berjasa, maka Persatuan Bekas Pelajar MRSM cawangan Beseri (ANSERI) sedang berusaha untuk menghadiah sebuah Pavilion atau Astaka. Tanpa MRSM Beseri sebagai langkah permulaan, mungkin ramai bekas pelajar tidak akan berada di tahap mereka sekarang ini.

Pavilion ini akan dibina di atas padang MRSM Beseri untuk kegunaan sebagai pentas bagi acara seperti sukan, perhimpunan dan persembahan. Sumbangan ini selari dengan motto ANSERI iaitu “Giving Back to Society”.

Bagi menjadikan hadiah ini lebih bermakna, pembinaan pavillion ini berkonsepkan:
1) Sebahagian besar kos pembinaan ditanggung hasil sumbangan dari bekas pelajar MRSM Beseri sendiri. Sumbangan yang dihulurkan bukan saja dari segi wang ringgit, malah idea, masa, tenaga, khidmat perunding dan sebagainya.

2) Kepakaran perunding professional seperti akitek, juruukur bahan dan perunding kejuruteraan juga merupakan sumbangan ikhlas dari kalangan bekas pelajar.

3) Perasmian Pavilion ini dirancang semasa majlis sambutan ulangtahun MRSM Beseri yang ke 25.

Kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM 150,000.

Cara memberi sumbangan

Sumbangan dipecahkan mengikut lot.
Setiap lot sumbangan bernilai RM 50.00 tanpa had maksima lot untuk disumbangkan.

Cara memberi sumbangan:
1. Deposit tunai/cek/internet banking mengikut bilangan lot yang ingin disumbangkan ke akaunberikut:
a. Bank : Maybank
b. Nama : ANSERI ( Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia Cawangan Perlis )
c. No akaun : 5644 9030 3504

2. Email deposit slip ke derma@anseri.org atau fax deposit slip 03 – 5122 8766, ATTN: Encik Nazarudin Razali

Perancangan projek

1. Mesyuarat permulaan projek 11 Apr 2009
2. Final design 30 Apr 2009
3. Kelulusan pihak berkuasa 31 Jul 2009
4. Pembinaan bermula 1 Okt 2009
5. Pembinaan Pavilion siap 31 Mac 2010
6. Majlis Perasmian 3 Apr 2010

Mohd Ridzuan Mohamad Yunus
Handphone:019 355 1135
Email : mohdridzuan@yahoo.com

Last Updated ( Monday, 22 June 2009 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.