ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Mesyuarat Agung Tahunan ke 12 ANSERI
Mesyuarat Agung Tahunan ke 12 ANSERI PDF Print E-mail
Written by ANSERI News Desk   
Saturday, 02 May 2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa, ANSARA Cawangan Beseri (ANSERI), akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke Dua Belas  (12)  pada tarikh, waktu dan dilokasi seperti dibawah:-

Tarikh: Sabtu, 30 Mei 2009
Masa: 2:30 Petang - 5:30 petang
Lokasi: PEMANGKIN HALUAN, 16-1 - 16-3, Jalan Dinar A U3/A, Taman Subang Perdana, 40150, Shah Alam, Selangor.
Peta Lokasi: Sila lihat di sini --> Peta Lokasi

Pendaftaran akan bermula jam 2:00PM

Agenda Mesyuarat Agung pada kali ini adalah seperti berikut:

a. Ucapan Aluan Presiden 2007/2009
b. Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 11 ANSERI
c. Pembentangan Laporan Tahunan 2008
d. Pembentangan Penyata Kewangan 2008
e. Pembahasan Usul-usul dan Lain-lain hal
f. Pembubaran AJK 2007/2009
g. Pemilihan dan Perlantikan AJK 2009/2011
h. Ucapan Presidan 2009/2011

Memandangkan terdapat Pemilihan AJK pada tahun ini, ahli-ahli ANSARA Beseri yang berdaftar dan masih aktif keahliannya, adalah layak untuk bertanding didalam pencalonan pada tahun ini. Untuk menyemak status keahlian, sila hantarkan email kepada This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it dan nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda didalam email tersebut.

Borang pencalonan boleh didapati disini. Borang usul dan resolusi boleh didapati disini.
 
Semua warga ANSERI dijemput hadir ke mesyuarat ini. Sila sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan ANSERI yang lain.

Sekian dimaklumkan.
Wassalam.

Yang Menjalankan Tugas,

Setiausaha ANSERI
Last Updated ( Monday, 01 June 2009 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.