ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow ANSERI batch 1 40th b'day
ANSERI batch 1 40th b'day PDF Print E-mail
Written by Mohd. Ridzuan Yunus   
Monday, 15 June 2009


Angkatan pertama MRSM Beseri telah menyambut ulangtahun ke 40 tahun ini, pada 11 Julai 09 di Restoran Halia, Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara, KL.
Majlis bermula dari pukul 5 petang tapi majority sampai jam 7 mlm. Jumlah kehadiran : 173 orang (87 ANSERIAN + 5 org guru + family)
5 orang guru telah hadir - Cikgu Azlina, Cikgu Teoh, Cikgu Rohana, Cikgu Foziyah & Cikgu Kamarulzaman @ Man Law.
Bermula dgn persembahan dari artis jemputan, Endang S. Taurina, yg menyanyikan 2 lagu (berduet bersama Uncle John) around 8.30 pm.
Kemudian kata-kata aluan dari pengerusi majlis, diikuti dgn ucapan dari setiap guru yg hadir. Majlis menjadi gamat esp bila Cikgu Man Law membuat ucapan, sambil menceritakan pengalaman beliau bersama MRSM Beseri. Lebih bermakna apabila mereka yg pernah “menjamah” rotan Man Law bersalaman sambil mencium tangan beliau. Budak paling “wanted” oleh Man Law dulu menyumbangkan beberapa buah lagu. Man Law juga dgn sportingnya berdiri sambil bergambar sebelah budak “wanted” ni. Maklumlah budak ni dah jadi artis sekarang…. Kemesraan & kegembiraan tergambar di wajah masing2 yg hadir.

Majlis agak sukar dikawal kerana masing2 sibuk bercerita esp yg dah lama tak pernah berjumpa. Gelak ketawa & joke2 zaman batu semuanya keluar. Terlupa umur dah 40 waktu tu…. rasanya macam masih 17 tahun.

Acara kemuncak apabila kek bithday 40 tahun dipotong. Memandangkan terlalu ramai yg berumur 40 tahun, jadi majlis memberi penghormatan kpd 5 org guru utk memotong kek sambil beramai2 menyanyikan lagu “Happy Birthday to Us”.
Kemudian sessi karaoke bermula dan dimeriahkan apabila Cikgu Rohana juga turut menyumbangkan sebuah lagu.

Walaubagaimanapun majlis agak terharu kerana bekas Pengetua kesayangan Dr Ahmad Roslan tidak dpt hadir. Beliau menghidap demam denggi dan telah dimasukkan ke Hospital Serdang semenjak dari Jumaat yg lepas. Kini berada di wad 7C. Beberapa warga Anseri telah melawat beliau pada hari Sabtu & Ahad.

Sepanjang majlis ini kita dapat kumpulkan RM 4050 utk tabung Pavilion dan RM 3000 utk sponsor tiang. Di samping itu beberapa orang lagi telah berjanji akan menaja beberapa batang tiang. Kita juga adakan bidding utk 4 helai jersey ragbi original pasukan Springbok South Africa (tajaan Ijo yg bawa jersey tu all the way from Joburg) dan 3 helai t-shirt exclusive “ANSERI 69ers” tajaan saudara Khairil @ Tembikai.

Rasanya makanan banyak yg lebih kerana masing2 sibuk berbual & bercerita. Kemeriahan & kegembiraan waktu majlis ini telah dirakamkan oleh Saudari Marina (our official photographer) . Kita akan kumpulkan gambar2 ini, burn dlm CD dan akan dijual utk kenangan dgn harga berpatutan bagi mengisi tabung Pavilion.

Majlis berakhir pada pukul 11.30 mlm walaupun sebenarnya restoran telah ditutup pukul 10 mlm. Masing2 berat kaki untuk melangkah pulang. Walaupun restoran ditutup mereka masih berbual di lobby Sime Darby Convention Center. Kemudian satu informal gathering diadakan lagi di Tmn Tun sehingga pukul 2.30 pagi.

Bagi pihak penganjur saya ingin mengucapankan jutaan terima kasih kepada:
a) semua yg telah hadir dari jauh & dekat. Yg paling jauh Ijo dari South Africa.
b) mereka yg telah membantu organize majlis ini esp Aloy, Azian, Puteri & Alang.
c) mereka yg telah sponsor karoake, artis undangan, cenderamata utk cikgu-cikgu, banner & barang2 utk auction.

Saya juga ingin memohon jutaan ampun & maaf atas segala kesilapan, kesulitan & apa2 yg kurang sempurna semasa menganjurkan majlis ini.

Harapan saya semoga semua yg hadir gembira dapat berjumpa dgn rakan2 lama & bekas guru2. Insya Allah kita akan jumpa di sambutan ulangtahun ke 25 MRSM Beseri pada 3 & 4 April 2010.

Gambar boleh dilihat di http://www.facebook.com/album.php?aid=27532&id=1110331121&l=04927ea9f2
Sekian.

Mohd Ridzuan Yunus @ Toy
Last Updated ( Tuesday, 06 October 2009 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.