ANSERI @FB
Home arrow News @Beseri25 arrow Sambutan Ulangtahun ke 25 MRSM Beseri
Sambutan Ulangtahun ke 25 MRSM Beseri PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Friday, 28 May 2010
AssalamualaikumDan Salam Sejahtera,

Warga ANSERI yang dihormati,

MRSM Beseri akan mengadakan sambutan ulangtahun ke 25 penubuhannya pada 25, 26 & 27 Jun 2010. Sambutan ini dijangka akan mengumpulkan keluarga MRSM Beseri yang terdiri daripada mereka yang pernah belajar, mengajar atau bekerja di MRSM Beseri sejak penubuhannya pada tahun 1985.

Tujuan mengumpulkan keluarga MRSM Beseri ini :
  • Mengenang kembali memori silam, mengimbau sejarah kejayaan, suka dan duka sewaktu di MRSM Beseri.
  • Membantu MRSM Beseri untuk mencapai lebih banyak kejayaan di samping meneruskan kecemerlangan.
  • Berkongsi pengalaman kerjaya bersama adik-adik pelajar.
  • Mewujudkan satu gabungan bekas pelajar yang dapat mencurahkan tenaga dan bakti kepada masyarakat.
  • Mengenali serta merapatkan Silratulrahim dengan mereka yang pernah belajar di tempat yang sama walaupun dalam era yang berlainan.

Agenda sambutan:

Tarikh: Jumaat 25 Jun 2010
  • 8.30 mlm - Bacaan Yasin & Tahlil

Tarikh: Sabtu 26 Jun 2010
  • 9 pagi – Majlis sambutan ulangtahun ke 25 tahun MRSM Beseri.
  • 2 petang – Program SPKG bersama pelajar MRSM Beseri (Mock Interview) 

Tarikh: Ahad 27 Jun 2010
  • 9 pagi – Program SPKG bersama pelajar MRSM Beseri (Career Talk)
  • 12 tengah hari - Majlis Penutup

Peserta perlu menyediakan kemudahan pengangkutan & penginapan sendiri.

Penyertaan dari semua angkatan adalah dialu-alukan. Sila sebarkan kepada rakan-rakan ANSERI yang lain.

Terima kasih dan semoga kita dapat berjumpa di sambutan ulangtahun ke 25 MRSM Beseri.

Dari,

AJK Sambutan
Majlis Ulangtahun Ke 25, MRSM Beseri.

Last Updated ( Wednesday, 16 February 2011 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.