ANSERI @FB
Home arrow News @Beseri25 arrow Panggilan Sukarelawan untuk B25
Panggilan Sukarelawan untuk B25 PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Friday, 04 June 2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersempena dengan sambutan ulangtahun MRSM Beseri ke 25, beberapa program telah dirancang sepanjang acara sambutan. Saya ingin memaklumkan, beberapa program utama bagi sambutan tersebut.

    A. Acara Mock Interview (Sabtu, 26 Jun 2010, 2 pm - 5 pm).
    Bagi acara mock interview ini, ANSERI memerlukan sekurang-kurangnya 30 orang sukarelawan untuk menjadi interviewer kepada para adik-adik pelajar tingkatan 5. Didalam acara ini, setiap kelas tingkatan 5 akan diberikan 2 atau 3 orang panel penemuduga. Taklimat temuduga akan diadakan pada jam 2 petang, yang mana, para penemuduga akan diberikan kertas penilaian bagi setiap adik-adik pelajar.

    B. Acara Career Talk (Ahad, 27 Jun 2010, 9am - 12pm)
    Bagi acara ini, ANSERI memerlukan kehadiran semua peserta untuk bersama-sama berkongsi pengalaman tentang kerjaya mereka bersama adik-adik pelajar. Sepanjang perlaksanaan program SPKG di MRSM Beseri, program career talk adalah program yang dinanti-nantikan oleh adik-adik di maktab.

    C. Interview Tips session (Ahad, 27 Jun 2010, 12 pm - acara tambahan)
    Saya memerlukan 2-3 sukarelawan untuk berkongsi tip-tip temuduga bersama adik-adik pelajar, selepas sesi career talk. Sesi ini akan membincangkan kelemahan adik-adik pelajar dan cara-cara untuk memperbaiki diri mereka.


Warga ANSERI yang akan hadir ke majlis sambutan, dan ingin menjadi sukarelawan, diminta memberikan maklumat kepada saya dengan kadar segera. Sila isikan maklumat berikut dah emailkan kepada This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ;

Nama:
Angkatan:
Email:
No. Telefon:
Bidang Kerjaya:
Ingin menjadi Penemuduga Mock Interview: YA / TIDAK
Ingin menjadi fasilitator Career Talk : YA / TIDAK

Sumbangan anda sebagai warga bekas pelajar MRSM Beseri untuk acara ini amatlah dihargai. Untuk maklumat atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya di 012-2353769 / This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Ribuan terima kasih.


Regards,

FahRoe Ibrahim

Last Updated ( Wednesday, 16 February 2011 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.