ANSERI @FB
Home arrow News @Beseri25 arrow Pembinaan Pavilion Jubli Perak akan dimulakan
Pembinaan Pavilion Jubli Perak akan dimulakan PDF Print E-mail
Written by ANSERI News Desk   
Sunday, 16 January 2011
Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 tahun menempuh berbagai cabaran, akhirnya ANSERI telah melantik kontraktor bagi membina Pavilion Jubli Perak MRSM Beseri. Syarikat yg dilantik merupakan kepunyaan sahabat kita Saudara Kazrin dari batch 6.

Dalam pencarian kontraktor, kita telah menjemput sebanyak 10 syarikat kelas F dari Perlis (melalui Pejabat MARA Negeri) utk menghantar bidaan. Tetapi tiada satu pun kontraktor tersebut mengambil dokumen tender yg kita sediakan.  Kemungkinan mereka risau tentang bayaran kerana pembinaan ini dibiayai  sepenuhnya oleh ANSERI, bukan MARA.

Kita cuba menghadapi cabaran di mana kos pembinaan telah naik dgn mendadak dalam masa 2 tahun ini. Anggaran pembinaan sebanyak RM 160k merupakan anggaran pada  tahun 2009. Tiada kontraktor yg sanggup utk membida harga tersebut. Setelah  beberapa perubahan dilakukan (mengurangkan saiz binaan, mengubahsuai design bumbung dan beberapa perubahan kecil) kita telah mendapat bidaan terendah iaitu  RM 200k (tambahan RM 40k dari jangkaan asal).

Pembinaan Pavilion ini tidak boleh ditangguhkan lagi kerena kos pembinaan  semakin meningkat. Beberapa kali rundingan telah dilakukan dan akhirnya pihak  kontraktor, akitek, jurutera perunding, juruukur bahan telah bersetuju dgn harga  cadangan kontraktor iaitu RM 200k.

Setakat ini kita telah berjaya mengumpulkan RM 130k (duit ini telah berada dlm  akaun ANSERI). Kita menganggarkan kutipan tambahan sebanyak RM 45k utk tajaan  signboard utama Pavilion (RM 15k utk 1 logo. 3 logo telah ditempah oleh syarikat  warga ANSERI). Bermakna kita memerlukan  lebih kurang RM 25k lagi bagi membiayai pembinaan ini sepenuhnya.

Pihak kontraktor juga telah mengambil risiko bagi memulakan kerja walaupun pihak ANSERI belum mempunyai dana yg mencukupi. Insya Allah kita akan terus berusaha  mengumpulkan baki dana bagi memastikan Pavilion ini akan dapat disiapkan  sepenuhnya. Kerjasama dari seluruh warga ANSERI amat diharapkan.

Bagi tujuan memulakan pembinaan pavilion ini, pihak ANSERI, akitek & kontraktor  akan mengadakan mesyuarat dgn MRSM Beseri seperti berikut:

Tarikh : 20 Jan 2011 (KHamis)
Masa : 2 pm
Tempat : MRSM Beseri, Perlis

Insya Allah kerja2 pembinaan akan dimulakan secepat mungkin dan pembinaan dijangka mengambil masa selama 2 bulan.

Maklumat lanjut akan diumumkan selepas mesyuarat bersama MRSM Beseri.

Warga Anseri yg ingin menyertai mesyuarat ini amat dialu-alukan.

Sama-samalah kita berdoa semoga pembinaan ini berjalan dgn lancar dan dapat  disiapkan dlm tempuh yg dijanjikan.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yg  telah selama ini membantu Anseri dalam usaha menjayakan projek ini.

Sekian. Terima kasih.

Mohd Ridzuan Mohamad Yunus
Handphone:019 355 1135
Email : This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Last Updated ( Wednesday, 16 February 2011 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.