ANSERI @FB
Home arrow News @Beseri25 arrow Sejarah Penubuhan MRSM Perlis
Sejarah Penubuhan MRSM Perlis PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Wednesday, 16 February 2011
Rancangan penubuhan MRSM Perlis adalah termasuk di dalam projek Rancangan Malaysia ke Empat. Pada 26 Jun 1979 Bahagian Pelajaran MARA telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis untuk mencari tapak yang sesuai. Tapak yang dikenalpasti ialah di Batu 8 1/2 , Jalan Kaki Bukit, Beseri. Pada 21 Jun 1980 permohonan mengambil tanah secara “acquisition” ke atas 6 lot dengan seluas 55.46237 ekar dibuat. Jumpah bayaran yang dikenakan untuk tapak MRSM Perlis ialah $679,794.04.

Dahulunya tapak ini ditanam dengan pokok-pokok getah. Pada 28 Oktober 1982 kerja membersihkan tapak dan menebang getah dijalankan.


Perletakan batu asas telah dilakukan oleh D.Y.M.M Raja Perlis pada 28 April 1983 bersamaan dengan 15 Rejab 1403.


Pada tahun 1984 iaitu 26 Mac 1984 pemborong binaan yang berjaya telah memulakan kerja-kerja pembinaan Fasa I.


Pembinaan Fasa I telah menelan belanja sebanyak kira-kira $8.6 juta terdiri daripada bangunan-bangunan / kemudahan berikut :


a) 3 Blok Bangunan Asrama

b) Dewan Makan dan Dapor

c) Blok Pentadbiran / Bilik Kerja Guru

d) Perpustakaan

e) 1 Blok Makmal Sains

f) 1 Blok Bilik Darjah

g) 1 Blok Bangunan Senireka dan Setor

h) Pusat Rekreasi dan Klinik

i) Pondok Mengawal

j) Kemudahan sukan seperti padang dan gelanggang permainan


Di bawah Fasa II bangunan-bangunan / kemudahan tambahan yang akan didirikan ialah 3 blok asrama, 1 blok bilik darjah, 1 blok makmal sains, 1 blok surau, dewan besar, rumah Pengetua, rumah IMG dan kemudahan sukan. Pembinaan Fasa II bermula pada 1 Julai 1986 dan dijangka siap pada tertengahan tahun 1987.


Pada 1 April 1985, MRSM Perlis mulai beroperasi dan seramai 44 orang guru dan kakitangan telah melaporkan diri untuk bertugas di Maktab ini. Pengetua perintis Maktab ini ialah En Ahmad Roslan bin Johari.


Seramai 381 orang pelajar Tingkatan IV dari seluruh negara telah mendaftarkan diri untuk memulakan minggu Orientasi Pelajar MRSM Perlis pada 12 April 1985.
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.