ANSERI @FB
Home arrow News @ANSARA arrow Laman Web Terbaru ANSARA
Laman Web Terbaru ANSARA PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Saturday, 15 October 2011
Assalamualaikum dan Salam sejahtera Warga ANSERI,

Bersempena dengan majlis PM Unplugged versi budak MARA, yang telah dilangsungkan pada 15 Oktober 2011 di PWTC, ANSARA telah melancarkan laman web berwajah baru dengan rasminya.

Laman web ini memaparkan lebih banyak maklumat, disamping memudahkan warga bekas pelajar MRSM Malaysia mendekati ANSARA dengan lebih mendalam.

ANSARA juga telah memperkenalkan keahlian ANSARA yang baru, dimana kini hanya terdapat 1 jenis keahlian sahaja bagi ANSARA, iaitu keahlian seumur hidup, dengan yuran penyertaan RM50 sahaja.  ANSARA juga memperkenalkan kad keahlian ANSARA yang baru untuk kegunaan warga ANSARA.

Laman web baru ANSARA boleh dilawati di www.ansara.org.my. Maklumat keahlian baru juga boleh dilihat di laman web yang sama.

Bagi ahli ANSERI yang mempunyai keahlian seumur hidup sebelum ini, keahlian anda adalah aktif dan kad keahlian yang baru akan dihantar dalam masa terdekat oleh sekretariat ANSARA.

Bagi ahli ANSERI yang telah tamat tempoh keahlian, atau masih mempunyai lebih dari 1 tahun keahlian, anda akan diminta untuk memperbaharui keahlian anda kepada seumur hidup seperti diatas. Kad keahlian ANSARA akan dihantar oleh sekretariat ANSARA setelah semua pembayaran dibuat. Maklumat lanjut tentang cara pembayaran akan dimaklumkan dilaman web ANSARA.

Terima kasih kepada semua warga ANSERI yang telah bersama sama hadir ke majlis PM Unplugged versi budak MARA.

Sekian.
Last Updated ( Tuesday, 24 April 2012 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.