ANSERI @FB
Home arrow News @ANSARA arrow MALAM ANSARA 2011
MALAM ANSARA 2011 PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Monday, 28 November 2011
Image
Ansara Dinner 2011
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Pihak Sekretariat ANSARA dengan ini ingin menjemput semua bekas pelajar MRSM ke Majlis Makan Malam ANSARA yang akan diadakan pada 4hb Disember 2011 jam 8.00 malam.

Antara acara istimewa, persembahan ulung Ramli Sarip di malam ANSARA. Juga pelancaran album ‘Songs From Dorms’ hasil kerjasama ansara Ex-KT, Kuatagh (Ex-Kuantan) dan Ansaraku (ExKulim) dengan alumni SBP lain untuk tujuan kutipan kebajikan Asrama Rayyaj (hostel untuk anak2 yatim di Tawau, Sabah).

Serta jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan yang pasti hebat dari band gabungan ansara Kuatagh dan Kulim (Loud&Clear) dan band-band jemputan dari bekas pelajar Sekolah Alam Shah (The Jaw) dan Star (Tiger Lane Boys) yang sama-sama terlibat dgn projek kebajikan Asrama Rayyaj.

Acara lain - nantikan siapakah Tokoh Ansara untuk tahun 2011.

Pembayaran untuk malam ansara adalah seperti berikut:-
  • RM130 – bagi ahli berdaftar seumur hidup
  • RM150 – bagi bukan ahli seumur hidup. (walaubagaimanapun, bukan ahli boleh membayar RM180 untuk mendapatkan harga sebagai ahli berserta keahlian seumur hidup)
  • RM50 – bagi pelajar sepenuh masa bawah 25 tahun

Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman web berikut:-

http://www.ansara.org.my/content/upcoming-event

dan anda akan dihubungi untuk pembayaran.

atau

Sila hubungi sekretariat ansara untuk pendaftaran atau pertanyaan di talian 03-27139348.

Harapan kita adalah untuk mendapatkan seramai yang boleh bekas pelajar MRSM  berkumpul pada malam ansara bagi mengeratkan silaturrahim sambil mengisi dana tabung harapan ihsan pelajar ANSARA dan menjadikan ansara sebuah alumni yang bermanafaat. Malam ANSARA adalah untuk seluruh warga ANSARA.

Bagi pihak ANSARA,

Dato' Nasri Nasrun
Last Updated ( Tuesday, 24 April 2012 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.