ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Rayuan Sumbangan Jersi untuk Pasukan Ragbi ANSERI
Rayuan Sumbangan Jersi untuk Pasukan Ragbi ANSERI PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Thursday, 18 October 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bagi pihak ANSERI,  ingin memanjangkan rayuan dari adik-adik angkatan 23 dan 24, seperti email dibawah, untuk mendapatkan sumbangan dan penajaan untuk jersi ragbi untuk pasukan ANSERI (untuk 2 pasukan) yang akan bertanding di Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 23 Tahun Tertutup Ansara 2012 pada 24 & 25hb November akan datang.

Kos untuk jersi ini adalah sebanyak RM147 sehelai, dan kos seluruhan untuk 2 pasukan adalah sebanyak RM4410.00.

ANSERI akan menaja kos penyertaan bagi pasukan tersebut ke kejohanan ini. Untuk makluman, pencapaian terbaik untuk pasukan ANSERI adalah sebagai naib johan pada 2010 dan memasuki pusingan suku akhir pertandingan tahun 2011. Semua penyertaan dan pembiayaan sebelum ini adalah dari pemain sendiri.

Bagi warga ANSERI yang sudi menyumbang, anda boleh memberikan sumbangan anda kepada akaun bank berikut:-

Bank: Maybank Berhad
Nama: Ammar B. Faisal
No Akaun: 102055389121
Email: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Bank: CIMB
Nama: Ammar B. Faisal
No. Akaun: 02050002577207
Email: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Sila emailkan bukti bank-in anda kepada This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it untuk pengesahan.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga ANSERI yang sudi menyumbang. Sila panjangkan email ini kepada semua rakan-rakan ANSERI anda.

Anda semua juga dijemput hadir untuk menyokong pasukan ANSERI pada kejohanan nanti. Maklumat lanjut tentang perlawanan boleh dilihat dilaman Facebook
ANSERI - http://www.facebook.com/groups/anseri

Ikhlas dari

ANSERI

-----Original Message-----
From: Ammar Faisal [mailto: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ]
Sent: Wednesday, October 17, 2012 10:01 PM
To: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Cc: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ; This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it ; This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Subject: Jersey sponsor for Anseri Rugby Team.

Salam.

Saya Ammar Bin Faisal, wakil dari pasukan Kraken Burst Series Ragbi Batch 23 dan 24. Di sini saya sertakan quotation jersi ragbi untuk pasukan ( 15 helai satu pasukan )

Harga jersi seperti yang tertera iaitu RM 147/sehelai. Kami berharap agar pihak ANSERI dapat membantu memberi sedikit sumbangan bagi mendapatkan jersi pasukan. Hanya satu set (15 helai) jersi pasukan sahaja yang diperlukan.

Kami amat berterima kasih sekiranya pihak ANSERI dapat memberi sumbangan supaya pasukan kami lengkap berjersi pada Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 23 Tahun Tertutup Ansara 2012 pada 24 & 25hb November.

Terima Kasih.

Yang benar,

Ammar B. Faisal

Last Updated ( Monday, 13 May 2013 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.