ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Program Sirih Pulang ke Gagang 2013 ANSERI (SPKG2013)
Program Sirih Pulang ke Gagang 2013 ANSERI (SPKG2013) PDF Print E-mail
Written by ANSERI News Desk   
Monday, 13 May 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa ANSERI dengan kerjasama MRSM Beseri akan menganjurkan Program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) bagi edisi tahun 2013 pada 22 & 23 Jun 2013 bertempat di Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis.

Sehubungan itu, kesemua bekas pelajar dari seluruh angkatan adalah dijemput untuk menyertai program ini.

Berikut adalah pengenalan & objektif program SPKG 2013:-

Pengenalan SPKG:
Program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) merupakan acara tahunan anjuran Persatuan Bekas Pelajar MRSM Beseri (ANSERI) dengan kerjasama pihak Pengurusan Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis. 


Melalui program ini, sukarelawan dan sukarelawati ANSERI daripada pelbagai angkatan sama ada yang sudah berkerjaya atau yang masih menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi akan berkumpul di Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis untuk bersama-sama memberi sumbang bakti kepada Maktab khususnya bakal graduan MRSM Beseri di dalam bentuk motivasi dan perkongsian ilmu.
Kepulangan semula warga ANSERI ke Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis melalui program ini dengan membawa semangat cintakan Maktab sebagai pemangkin kejayaan bagi generasi produk MRSM Beseri yang mendatang, merupakan faktor kejayaan penganjuran program ini.


Objektif SPKG 2013:
• Inisiatif tanggungjawab sosial korporat melalui pendekatan ‘Giving Back To Maktab’;
• Media motivasi kepada bakal graduan MRSM Beseri mengenai persiapan menduduki peperiksaan;
• Memberi pendedahan dan perkongsian maklumat terkini mengenai pengajian di IPT kepada bakal graduan MRSM Beseri;
• Medan Interaktif bagi perkongsian bidang kerjaya dan profesion yang berkaitan untuk bakal graduan MRSM Beseri;
• Mengeratkan pertalian silaturahim di antara bekas pelajar MRSM Beseri merentasi angkatan;
• Memupuk perasaan menghargai serta cintakan Maktab di kalangan pelajar dan bekas pelajar MRSM Beseri.
 

Maklumat terkini berkenaan program SPKG 2013 ini boleh didapat di laman Facebook ANSERI dan laman Facebook SPKG2013

TUAN/PUAN ADALAH DIMOHON UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN PROGRAM DENGAN MENYERTAKAN MAJKLUMAT SEPERTI DI BAWAH:-


1. Nama:
2. Batch:
3. No.HP:
4. Email:
5. Profession:
6. Bidang Kerjaya (Yang Ingin Diwakili Bagi Sesi Career Talk):
7. Ahli Keluarga (Jika Ada):

Sila emelkan maklumat tersebut kepada Cik Hanizah Binti Borhan melalui emel: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau FB: Haniza Borhan

Bidang Kerja (Sesi Career Talk)
1. Medical & Health
2. Engineering
3. Built Environment
4. Science & Technology
5. Information & Communication Technology (ICT)
6. Natural Recourses
7. Agricultural
8. Veterinary & Fauna
9. Business & Accountancy
10. Management & Administrative
11. Educational &Teaching
12. Sociology & Humanity
13. Communication & Mass Media
14. Arts & Design
15. Arts & Performance
16. Law & Legislation
17. Languages & Literature
18. Islamic Sciences & Studies

Tentatif Program SPKG 2013 adalah seperti berikut:-

21 Jun 2013 (Jumaat)
3.30 ptg Diskusi Khas Guru & ANSERI
5.00 ptg Aktiviti Bebas
8.30 mlm Taklimat Ringkas SPKG 2013
8.45 mlm Motivasi Khas SPM
& Motivasi Khas PMR
10.30 mlm Minum Malam
11.00 mlm Sesi Hari Pertama Tamat

22 Jun 2013 (Sabtu)
8.30 pg Pendaftaran ANSERI 
9.00 pg Majlis Perasmian SPKG 2013
9.30 pg Pembahagian Kumpulan Career Talk
9.45 pg Career Talk : Sesi I
10.30 pg Minum Pagi
11.00 pg Career Talk : Sesi II
1.00 ptg Makan Tengahari
2.30 ptg Career Talk : Sesi III
5.30 ptg Sukaneka @SPKG
6.30 ptg Makan Malam
8.30 mlm Tayangan Video Motivasi
& Dinner ANSERI @SPKG
10.30 mlm Minum Malam
11.00 mlm Sesi Hari Kedua Tamat

23 Jun 2013 (Ahad)
9.00 pg Motivasi H2H : Sesi I
10.30 pg Minum Pagi
11.00 pg Motivasi H2H : Sesi II
12.30 tgh Majlis Penutup SPKG 2013
1.00 ptg Majlis Bersurai

*Nota: Acara atau aktiviti yang memerlukan penglibatan kesemua ANSERI adalah pada hari Sabtu & Ahad sahaja.

Diharapkan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi program tersebut dan seterusnya dapat mempereratkan ukhwah sesama kita sebagai bekas pelajar MRSM Beseri.

Sekian.

Terima Kasih

AJK SPKG 2013

Last Updated ( Wednesday, 03 July 2013 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.