ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Sirih Pulang Ke Gagang 2013 - Terima Kasih
Sirih Pulang Ke Gagang 2013 - Terima Kasih PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Wednesday, 03 July 2013
Assalamualaikum,
 
Program Sirih Pulang Ke Gagang 2013 (SPKG2013) ANSERI, telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 - 23 Jun 2013 yang lalu, bertempat di MRSM Beseri, Perlis. Program telah dirasmikan oleh Datuk Nasri Nasrun dari angkatan Pertama, mewakili ANSERI. 
 
Seramai hampir 60 orang bekas pelajar MRSM Beseri dari pelbagai angkatan telah menghadiri program kali ini. Sesi Career talk, dan Heart-2-Heart telah menjadi sesi utama untuk program pada tahun ini, yang bertujuan untuk memantapkan motivasi pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM 2013. 
 
Selain itu, pelajar tingkatan 4 dan 5 juga telah mengadakan sukaneka diantara warga ANSERI dan para pelajar maktab. 
 
Majlis Penutup Program SPKG2013 telah disempurnakan oleh Pengetua MRSM Beseri, En. Mohd. Salim b. Lebai Bulat. 
 
Gambar-gambar sekitar program SPKG2013 boleh dilihat disini - SPKG 2013 @ Facebook
 
Diharap kita akan dapat berjumpa lagi pada program SPKG yang akan datang. 
 
Terima kasih
Last Updated ( Monday, 15 July 2013 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.