ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Program ANSERI @ Asrama Kasih YBK Serendah
Program ANSERI @ Asrama Kasih YBK Serendah PDF Print E-mail
Written by ANSERI News Desk   
Wednesday, 17 September 2014

Warga ANSERI yang dihormati,

ANSERI akan mengadakan satu program kemasyarakatan bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), bertempat di Asrama Kasih YBK Serendah, pada tarikh berikut:

Program: ANSERI @YBK Serendah
Tarikh: 11 Oktober 2014
Masa: 2:00 petang - 7:00 petang
Lokasi: Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah, Jln Melor 2/4, Kampung Seri Serendah, 48200 Serendah, Selangor (Peta Lokasi - http://goo.gl/7D7j7g)

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah sesi Career Talk dan juga perlawanan Futsal bersama warga Asrama Kasih. Selain itu, ANSERI juga bercadang untuk menderma 1 unit tiang gol bola sepak, bagi kegunaan warga Asrama Kasih. Jumlah derma yang ingin dikumpulkan adalah sebanyak RM2000. 

Kami  ingin menjemput mana-mana warga ANSERI yang berkesempatan untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini. 

Bag yang berminat untuk menyertai sesi futsal, anda dijemput untuk bermain bersama-sama. Kami mensasarkan sebanyak 6 kumpulan warga ANSERI, dengan setiap kumpulan disertai seramai 5 orang warga ANSERI dan 3 orang warga Asrama Kasih. Bayaran untuk setiap kumpulan adalah sebanyak RM300 sahaja. 

Bagi yang berminat untuk menyertai acara ini, sila hubungi saudara Ridzuan aka Toy di emel This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau ditalian 0193551135.

Semoga kita dapat sama-sama membantu didalam acara ini. 

Terima kasih,

Pengelola,
ANSERI @YBK Serendah




* click image for larger version.
Last Updated ( Monday, 01 June 2015 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.