ANSERI @FB
Home arrow About Us arrow Sejarah Penubuhan MRSM Beseri
Sejarah Penubuhan MRSM Beseri PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Monday, 20 March 2006

Matlamat Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis.

Tapak MRSM sebelum pembinaan

 

Maktab Rendah Sains MARA merupakan tapak semaian untuk menyalurkan pelajar Bumiputera ke arah pendidikan yang mirip kepada sains dan teknologi di peringkat menengah dan pra-universiti.

Adalah diharapkan melalui penubuhan ini akan dapat menghasilkan pelajar Bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi bagi mengeluarkan kumpulan Bumiputera yang terlatih bersesuaian dengan keperluan ekonomi berasaskan sains dan teknologi.

Program MRSM dapat menanamkan semangat nasionalisme dan sayangkan tanahair dengan menekankan kepada tiga aspek pendidikan iaitu kecemerlangan akademik, kesempurnaan sahsiah dan kecekapan keusahawanan.

Sejarah Penubuhan Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis.

MRSM Beseri di awal proses pembinaan.

Rancangan penubuhan Maktab Rendah Sains MARA Pelis adalah termasuk di dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Ke 4. Hasil perbincangan antara MARA dengan Kerajaan Negeri Perlis akhirnya tapak yang sesuai telah dikenal pasti di Batu 8 1/2,  Jalan Kaki Bukit, Beseri.

Permohonan pengambilan secara "acquisition" ke atas enam lot tanah seluas 55.5 ekar ini telah dibuat pada 21 Jun 1980 dan telah diluluskan dengan bayaran premium sebanyak RM 679,794.04.

Kerja-kerja pembersihan tapak maktab yang dulunya dipenuhi dengan tanaman getah dimulakan pada 28 Oktober 1982. Perletakkan batu asas projek pembinaan maktab telah dilakukan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada 28 April 1983 bersamaan 15 Rejab 1403.

Pada 26 Mac 1984 kerja pembinaan Fasa I yang bernilai RM 8.6 juta telah dimulakan oleh pemborong yang berjaya iaitu Syarikat Woodtex Sdn. Bhd.

Kerja pembinaan Fasa IIA yang bernilai RM 1.5 juta telah dimulakan oleh Syarikat Pembinaan Bumiga Sdn. Bhd. pada 7 Julai 1986 dan tlah disiapkan pada 12 Oktober 1986.

Sementara kerja-kerja pembinaan Fasa IIB yang bernilai RM 3.4 juta telah dimulakan pada 28 Oktober 1986 oleh Syarikat KLK Kontrak Bina Sdn. Bhd. dan telah disiapkan pada 16 Februari 1987.

MRSM ini telah mula beroperasi pada 1 April 1985 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 44 orang dengan pengetuanya yang pertama En. Ahmad Roslan Johari.

Pengambilan Pertama Penuntut

Setelah siap pembinaan

Maktab ini hanya mengambil pelajar-pelajar lepasan Sijil Rendah Pelajaran sahaja dan semua permohanan kemasukkan ke Maktab ini diuruskan oleh Bahagian Pelajaran Menengah, Ibu Pejabat MARA.

Pelajar perintis Maktab ini mula mendaftarkan diri pada 12 April 1985 dengan pengambilan seramai 381 orang pelajar. Mereka ini merupakan kumpulan pertama pelajar maktab ini yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1986.

Buat masa ini terdapat seramai 474 orang pelajar tingkatan 5 yang dibahagikan kepada 20 buah kelas dan seramai 287 pelajar tingkatan 4 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 65 orang.

Maktab ini juga dijangka akan menempatkan seramai 150 pelajar tingkatan 1 pada bulan Ogos 1985. Mereka merupakan pelajar kumpulan pertama di maktab Rendah Sains MARA ini yang ditempatkan di sini sementara menunggu siapnya MRSM Mini di tapak kekalnya di Beseri, Perlis.

Last Updated ( Tuesday, 21 March 2006 )
 
< Prev
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.