ANSERI @FB
Home arrow About Us arrow Prospektus MRSM Beseri
Prospektus MRSM Beseri PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Monday, 20 March 2006
PROSPEKTUS MRSM BESERI

Sepintas Lalu
MRSM telah mula beroperasi pada 1 April 1985 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 44 orang dengan Pengetuanya yang pertama iaitu Tuan Haji Ahmad Roslan b. Johari.

Pelajar perintis maktab ini mula medaftarkan diri pada 12 April 1985 dengan pengambilan seramai 381 orang pelajar.  Mereka ini merupakan kumpulan pertama pelajar maktab ini yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1986.
 
   
Falsafah Pendidikan MRSM Beseri
Pendidikan di MRSM adalah suatu usaha bersepadu, unik dan berterusan untuk menyempurnakan perkembangan potensi pelajar bagi menjamin kecemerlangan akademik, keunggulan sahsiah, kecenderungan keusahawanan dan kecergasan fizikal ke arah melahirkan warganegara seimbang demi memenuhi tuntutan agama, bangsa dan wawasan negara.
     

Misi MRSM Beseri
Sistem Pendidikan unggul yang mampu membina insan cemerlang berteraskan sains dan teknologi, berakhlak mulia serta kecekapan keusahawanan dan berketrampilan menerajui kepimpinan negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.
     

Matlamat MRSM Beseri
  • Memberi peluang kepada pelajar Bumiputera luar Bandar yang berpotensi mendapat pendidikan berkualiti berteraskan Sains dan Teknologi, keusahawanan serta kecergasan fizikal.
  • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan lengkap.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai asas kepimpinan yang kondusif dan lengkap.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai asas kepimpinan yang mantap dan bertanggungjawab sebagai pewaris kepimpinan negara.
  • Menghayati matlamat kecemerlangan MRSM, MARA dan Negara.
Objektif MRSM Beseri
  • Menyediakan sistem pendidikan berorientasikan Sains dan Teknologi.
  • Memberi pendidikan berkualiti kepada Bumiputera selaras dengan keperluan negara.
  • Melahirkan warganegara yang cerdas, cergas, berakhlak dan berkecenderungan kepada keusahawanan.
  
Kursus Pengajian
MRSM Beseri menawarkan dua jurusan pengajian:-

  •    Sains Tulen
  •    Sains Gunaan
    
Jurusan Sains Tulen
Subjek Teras   
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Subjek Elektif
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
 
      Jurusan Sains Gunaan
Subjek Teras
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Subjek Elektif
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi

Subjek Khas

Selain daripada itu semua pelajar wajib mengambil subjek khas MRSM seperti:-
  • Sains Komputer
  • Senireka
  • Keusahawanan
  • Perkembangan Kerjaya
  • Kemahiran Berfikir
  • Kemahiran Amalan Belajar
 
Kemudahan di MRSM Beseri
  • Pusat Sumber Pembelajaran
  • 6 Blok Asrama
  • Koperasi MRSM Bhd.
  • Perkhidmatan Dobi
  • Surau
  • Bas dan Van Maktab
  • Kemudahan Rekreasi
  • Kemudahan Telefon awam
  • Dewan Selera
  • Bilik Rekreasi
  • Bilik Tetamu
  • Perkhidmatan Pejabat Pos
  • Dewan Kuliah
  • Kafeteria Melati
  • Studio Senireka
  • Klinik Gigi
  • Bilik Rawatan
  • Kawalan Keselamatan 24 jam
  • Gimnasium
  • Gelanggang Tenis
  • Dewan Tuanku Syed Putra
  • Pondok-pondok Perbincangan
  • Padang Permainan
   
Tenaga Pengajar dan Kakitangan
Setakat ini MRSM Beseri mempunyai seramai 71 orang tenaga pengajar dan 79 orang kakitangan bukan akademik.
 
 
Pelajar
Pelajar MRSM Beseri terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 seramai 800 orang, dari berbagai negeri di Malaysia.

  
Syarat Kemasukan
  • Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 3 yang sedang menuntut di sekolah menengah harian biasa di Semenanjung Malaysia.
  • Pemohon hendaklah lulus peperiksaan semester 1, tingkatan 3 dengan memperolehi keputusn minimum gred B dalam subjek matematik dan sains. (Untuk layak menduduki ujian kemasukan pada bulan Oktober).
  •  Lulus ujian kemasukkan ke MRSM (UKKM)
  • Pelajar yang sedang menuntut di sekolah-sekolah berikut tidak layak memohon:
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kementerian Pendidikan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kementerian Pendidikan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat 8A (termasuk A dalam matematik dan sains) dalam peperiksaan PMR.
Sebarang kemusykilan sila hubungi:

PENGETUA,
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESERI,
BATU 8 1/2, JALAN KAKI BUKIT,
01000 KANGAR,
PERLIS.

TELEFON : 04-9381488/489
   

 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.