ANSERI @FB
Home arrow News @ANSARA arrow AGM ANSARA - 6 OGOS 2006
AGM ANSARA - 6 OGOS 2006 PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Wednesday, 19 July 2006
Assalamualaikum kawan-kawan sekelian,

Berikutan dari keputusan mesyuarat Exco kali ke5 yang telah diadakanpada 14hb Julai,2006, Jawatankuasa Pusat ANSARA telah bersetuju untuk menunda MAT ANSARA 2006 pada 6hb Ogos, 2006. Maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:-

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) ANSARA 2006
Tarikh: 6 OGOS 2006 (AHAD)
Masa: Pukul 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Kuala Lumpur,Level 5, Putra World Trade Centre.

Oleh yang demikian, Mesyuarat juga memutuskan bahawa tarikh akhir untuk menghantar sebarang usul serta pengesahan perwakilan ke MAT ANSARA 2006 dilanjutkan kepada 21hb Julai, 2006.

Untuk makluman awal, kita akan mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Majlis akan bermula pada jam 12.30 t/hari dimana makan tengahari akan disediakan. Majlis tahlil akan diadakan sebaik sahaja tamat Solat Zohor, yang akan diadakan dibilik Labuan, bersebelahan bilik yang dikhususkan untuk MAT ANSARA 2006.

MAT ANSARA 2006 dijangka akan bermula jam 2.30ptg. Butiran lanjut mengenai MAT ANSARA 2006 bersama-sama dokumen-dokumen berkaitan akan dihantar kepada kesemua Cawangan pada atau sebelum 28hb Julai, 2006.

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,

Setiausaha Agung ANSARA
Last Updated ( Tuesday, 15 August 2006 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.