ANSERI @FB
Home arrow News @ANSARA arrow Keputusan Mesyuarat Agung ANSARA 2007
Keputusan Mesyuarat Agung ANSARA 2007 PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Monday, 16 July 2007
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mesyuarat Agung Tahunan Ansara 2007 telah diadakan pada hari Sabtu 14 Julai, 2007 di PWTC dan Anseri telah menghantar 13 wakil dan 4 pemerhati.

Mesyuarat tahun ini agak hangat dengan terdapat desas-desus kononnya ada unsur-unsur luar yang cuba mempengaruhi pucuk pimpinan dan hala tuju ANSARA. Tetapi kami sebagai bekas pelajar MRSM telah 'close ranks' dan menetapkan bahawa ANSARA adalah persatuan cendekiawan dan profesional yang tidak akan ikut sesiapa selain 'our own brothers and sisters from MRSM'. Kami juga tidak akan membiarkan sesiapa mencemar dan mencemuh nama baik ANSARA atau mana-mana ahlinya.

Keputusan pemilihan Exco ANSARA 2007/2009 adalah seperti berikut:

1. Presiden ANSARA: Dato' Mukhriz Tun Mahathir
2. Timbalan Presiden: Mohd Roslan Bani Amin
3. Naib Presiden (L): Noorazman Mohd Samsuddin (BESERI)
4. Naib Presiden (W): Mastura Ishak
5. Bendahari: Noorhalim Iskandar Halal
6. Juruaudit: Tiada pencalonan, akan dipilih oleh Exco

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Cawangan Beseri juga telah diterima usulnya, dimana cawangan boleh menghantar lebih dari 15 wakil ke AGM, tetapi tidak melebihi 20 wakil, berdasarkan jumlah ahli cawangan.

Saudara Noorazman sekali lagi telah menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Majlis dengan jayanya. Ahli perwakilan dari Beseri juga telah memeriahkan majlis dengan cadangan, pemerhatian dan kritikan mereka. Kepada mereka yang hadir, terima kasih dan tahniah diucapkan kerana mengekal dan menguatkan reputasi dan nama baik Cawangan Beseri.

Sekian, terima kasih.

Nazaruddin Razali
Presiden ANSERI

Last Updated ( Monday, 23 July 2007 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.