ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Terima Kasih - Program Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA-Utusan
Terima Kasih - Program Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA-Utusan PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Monday, 10 September 2007
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Bagi pihak ANSERI dan ANSARA, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah sudi mendermakan darah semasa kempen Derma Darah Pra Ramadhan ANSARA-Utusan yang telah berlangsung pada 8 dan 9 September 2007 yang lalu.

Secara keseluruhannya, sebanyak 2059 penderma telah menderma (tidak termasuk lagi jumlah yang dikumpul di kawasan Kuala Terengganu) diseluruh negara.

Bagi negeri Perlis, sebanyak 17 orang penderma telah sudi menderma.

Bagi pihak ANSERI, ribuan terima kasih kepada Sdri. Faiza dan Sdr Wadi, dan juga semua warga ANSERI yang telah sudi membantu menjayakan program ini. Walaupun dengan sedikit penderma, namun ini adalah satu usaha yang patut diberikan penghargaan.

ANSARA bercadang untuk mengadakan acara ini sebagai acara tahunan, dan diharap pada tahun hadapan kita akan lebih bersedia untuk mendapatkan lebih ramai penderma, terutamanya di Kangar.

Untuk maklumat lanjut jumlah penderma, sila lawat laman web berikut:
Derma Darah Pra-Ramadhan ANSARA-Utusan

Terima kasih dan jumpa lagi.

Regards,
FahRoe Ibrahim
Setiausaha, ANSERI
Last Updated ( Monday, 24 September 2007 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.