ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Program Motivasi MRSM Beseri - Terima Kasih kepada semua
Program Motivasi MRSM Beseri - Terima Kasih kepada semua PDF Print E-mail
Written by Anseri Web Admin   
Wednesday, 30 January 2008
Assalamualaikum

Program Motivasi & Pembelajaran oleh Saudara Noorazman (ManPrez, Batch 1) telah dikendalikan dengan jayanya di MRSM Beseri 26-27 Januari hujung minggu lepas. Pihak Anseri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Manprez kerana menyumbangkan masa & tenaganya dengan hanya pembayaran 10kg beras wangi Siam asli. Manprez telah dibantu dan disokong oleh Saudara Fahroe (B7) yang juga Official Driver, Amirul Fahmi (B6) merangkap Tour Guide dan Saudari Aida Yurani (B7) yang juga Hospitality Officer, selain saya.

Kami telah bergaul dengan mesranya, seperti biasa, dengan pelajar Form 5 dan membuat mini-program Sharing Experience dan juga memberi peluang mereka meluahkan apa-apa masalah dan tips-tips penyelesaiannya. Kami juga sempat bershopping di Padang Besar selain makan seafood di K Perlis.

Untuk pengetahuan semua, pada 18 Februari ini, MRSM Beseri akan mula menerima pelajar Tingkatan 1, selain pelajar baru Tingkatan 4. Nampaknya tak kesampaian perancangan untuk menjadikan MRSM Beseri the first all girl MRSM.

Sukacita juga ingin saya memberitahu bahawa top student adalah seorang BWP puteri dengan CGPA 4.0, in fact dari apa yang kita lihat, present batch ini nampak lebih confident, intelligent dan suka bertanya.

Setelah berbincang dengan pihak maktab tarikh untuk Program SPKG 2008 adalah pada 3-4 Mei 2008

Walaupun telah pada awalnya kami ingin program diadakan pada bulan April, namun pada tarikh itu ada peperiksaan diikuti oleh cuti sekolah.

AJK Anseri memerlukan idea2 dari anda semua utk pengisian program SPKG, selain daripada Sharing Experience, Career Guidance, Sukaneka, etc ataupun apa-apa yang ingin ditambah/kurangkan.

Selain daripada itu, pihak maktab akan menganjurkan Career Day pada bulan Mac dan meminta bantuan Anserian yang berminat untuk membuka booth atau memberi talk.

Diharapkan kami semua mulakan persediaan untuk pulang ke MRSM Beseri untuk menjayakan program SPKG 2008. Jika ada apa-apa perubahan, akan diberitahu secepat mungkin atau rajin-rajinlah layari www.anseri.org

Sekian, terima kasih.

Nazaruddin Razali
Last Updated ( Thursday, 14 February 2008 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.