ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Pameran Kerjaya MRSM Beseri - 27 Mac 2008
Pameran Kerjaya MRSM Beseri - 27 Mac 2008 PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Thursday, 14 February 2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, MRSM  Beseri akan mengadakan Pameran Kerjaya bermula dari 24 - 27 Mac 2008 ini.

Pameran  ini adalah bertujuan untuk:    
  • Penerokaan minat kerjaya pelajar.
  • Menyebarkan maklumat pendidikan dan kerjaya kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat merancang pengajian selepas SPM bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi  kelak.
  • Supaya pelajar dapat melihat perkaitan di antara pendidikan dan kerjaya dan  mengurangkan kekaburan berkaitan dengan pendidikan selepas SPM.

Guru Kaunselor, Cikgu Abdul Basit telahpun menjemput ANSERI secara rasmi untuk menyertai Pameran ini.

Dengan yang sedemikian, ANSERI bercadang untuk menghantar wakil ke pameran ini. Satu Booth pameran akan dibuka diatas nama ANSERI.

Pameran akan dibuat pada Khamis, 27 Mac 2008, bermula jam 8:30 AM.

Kami menjemput rakan-rakan bekas pelajar MRSM Beseri, yang berkesempatan untuk menjadi wakil dalam pameran ini. Kepada yang berminat, sila berhubung dengan saya ( This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / 012-2353769) atau Nash ( This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it /  019-3502140) untuk mendaftar. Diharap ramai dapat menyertai program ini, bagi membantu Maktab.

Terima kasih.

Fahroe Ibrahim,
Setiausaha, ANSERI
Last Updated ( Wednesday, 16 April 2008 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.