ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow Program Sirih Pulang Ke Gagang 2008 (SPKG2008)
Program Sirih Pulang Ke Gagang 2008 (SPKG2008) PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Wednesday, 16 April 2008
Assalamuaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan, ANSERI akan menganjurkan program Sirih Pulang ke Gagang (SKPG) bagi tahun 2008 seperti berikut:

Tarikh : 14 - 15 Jun 2008  (Sabtu & Ahad)
Tempat : MRSM Beseri, Batu 8 1/2 Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis Indera Kayangan.

Semua warga ANSERI dan juga bekas Pelajar MRSM Beseri dijemput untuk menjayakan program ini. Antara program yang dirancang:
1) Bimbingan Kerjaya
2) Mock Interview
3) Sharing Experience & Motivasi
4) Telematch/Sukan bersama pelajar

Maktab telah memohon untuk ramai warga ANSERI hadir ke majlis ini, terutamanya bagi sesi Mock Interview dan Bimbingan Kerjaya. Rakan-rakan ANSERI dari bidang sains dan perubatan, kewangan, perniagaan, kejuruteraan, ICT, dan lain-lain dijemput bersama-sama ke majlis ini.

Aturcara Program adalah seperti berikut * :-

Sabtu, 14 Jun 2008
0800 - 0900 :    Ketibaan peserta SPKG di MRSM dan pendaftaran 
0930 - 1030 :    Majlis Pelancaran - Selamat Datang ANSERI, Terima Kasih MRSM Beseri
1030 - 1230 :    Tip Temuduga Biasiswa dan Kerjaya
1230 - 1430 :    Rehat Tengah hari
1430 - 1700 :    Mock Interview Session
1730 - 1900 :    Telematch bersama Pelajar & Guru
2030 - 2230 :    Sesi bebas

Ahad, 15 Jun 2008
0900 - 1000 :    Tips Kerjaya dan Masa Hadapan
1000 - 1200 :    Bimbingan Kerjaya
1200 - 1230 :    Sessi berinteraksi & Penutup SPKG 2008
1230             :    Tamat

 * Acara adalah tertakluk kepada pindaan dan kebenaran pihak Maktab.

Untuk sesi Mock Interview, ANSERI memerlukan kerjasama semua peserta SPKG. Sekurang-kurangnya 60 orang diperlukan bagi menjayakan sesi ini. Maklumat lanjut tentang sesi ini akan diumumkan dari masa ke semasa.

Penyertaan
Penyertaan adalah dibuka kepada semua warga ANSERI.  Untuk mendaftar bagi menyertai program SPKG 2008 ini, sila isi borang dibawah dengan lengkap. TIADA BAYARAN DIPERLUKAN. Walau bagaimana pun, setelah mendaftar, anda DIMINTA HADIR ke program ini. Mohon kerjasama dari semua peserta untuk membantu bagi menjayakan program ini.






*diperlukan!

Penginapan
ANSERI tidak menyediakan sebarang penginapan untuk program ini. Walau bagaimanapun, pihak MRSM Beseri telah sudi untuk membenarkan penggunaan Sick Bay sebagai tempat penginapan sementara kepada wargaANSERI yang memerlukannya. Untuk penginapan di hotel, sila hubungi hotel-hotel berikut untuk tempahan. Tempahan hotel adalah urusan peserta sendiri.

Putra Palace Hotel
135 Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis,
Malaysia.
Tel : 6 04 9767755
Fax: 6 04 9768857
          
Putra Brasmana Hotel
Kuala Perlis
02000
Perlis, Malaysia
Tel: +604 985 5900
Fax: +604 985 2900

Peraturan Program
  • Peserta adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan maktab yang tersedia ada
  • Kawasan maktab adalah kawasan LARANGAN MEROKOK. 
  • Peserta diminta untuk memakai pakaian kemas (smart casual) sepanjang program
  • Peserta diminta untuk menjaga keselamatan barang masing-masing.
  • Pihak jawatankuasa dan MRSM tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barang-barang berharga.
  • Sila berada 10 minit lebih awal dari masa yang telah ditetapkan sepanjang program.
  • Peserta SPKG diminta memberikan kerjasama kepada pihak penganjur SPKG demi menjamin kelancaran program.

Diharap kita dapat berjumpa di program SPKG 2008 ini. Terima kasih diatas sokongan ANDA sebagai warga ANSERI.


AJK Pro-Temp
Program SPKG 2008
ANSERI


Last Updated ( Monday, 07 July 2008 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.