ANSERI @FB
Home arrow News @ANSERI arrow SPKG2008 - Terima Kasih Semua
SPKG2008 - Terima Kasih Semua PDF Print E-mail
Written by Fahroe Ibrahim   
Monday, 07 July 2008
Salam Sejahtera,

Bagi pihak warga ANSERI, kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan bantuan yang telah diberikan bersempena dengan program Sirih Pulang Ke Gagang 2008, yang telah diadakan pada 14 dan 15 Jun yang lalu.

Tidak terlewat juga untuk kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga MRSM Beseri yang telah banyak membantu dalam program kali ini. Pada tahun ini, hampir 50 orang peserta telah hadir ke program, yang mana pelbagai aktiviti diadakan. Program Mock Interview, telah diadakan dengan jayanya. Adik-adik di MRSM Beseri, begitu bersemangat untuk ditemuduga. Ditambah pula dengan sesi tips temuduga yang diadakan oleh Sdri. Marina (Angkatan ke 9), adik-adik kali ini telah mempraktikan sebaik mungkin segala tips-tips yang diberikan.

Tidak lupa juga kepada Abang John dan Toy (angkatan Pertama) yang memberikan sesi penerangan pada pelajar tingkatan 5. Tidak kering gusi para pelajar dengan keletah Abang John dan Toy.

SPKG 2009 akan diadakan pada tahun hadapan, dengan pelbagai aktiviti menarik. Kami mengalu-alukan cadangan dan bantuan dari semua warga ANSERI untuk menjayakan SPKG 2009 kelak.

Gambar-gambar sekitar program SPKG 2008 boleh dilihat disini

http://mrsmbeseri.edu.my/gallery/SPKG2008/
* Gambar ihsan Sdr. Muhammad Najib (Angkatan ke 11)

Semoga berjumpa lagi.

ANSERI 2007/2009
Last Updated ( Friday, 05 September 2008 )
 
< Prev   Next >
(C)2006 Anseri.Org. Powered by Joomla. All rights reserved. No parts of this website shall be used without permission from ANSERI.ORG.