Latar Belakang ANSERI

ANSERI (Anak Sains MARA Beseri atau Persatuan Alumni MRSM Beseri) adalah salah sebuah persatuan bukan kerajaan yang bernaung dibawah ANSARA (Anak Sains MARA atau Persatuan Pekas Pelajar-Pelajar MRSM Se-Malaysia). Ianya ditubuhkan dengan matlamat untuk mengumpulkan pelajar-pelajar lepasan MRSM Beseri dengan tujuan untuk bersama-sama menyumbangkan semula secara efektif kepada negara.

Inisiatif penubuhan ANSERI yang pad a asalnya lebih dikenali sebagai Persatuan Bekas Pelajar MRSM Perlis (PBP MRSM Perlis) telah dipelopori oleh bekas pelajar angkatan kedua yang diketuai oleh Saudara Mohd Nasir Hassan dengan dibantu oleh beberapa individu dari angkatan pertama. kedua dan ketiga. Usaha mereka ini mendapat sokongan padu dari Tuan Hj. Ahmad Roslan Johari yang pada ketika itu merupakan pengetua MRSM Beseri. Mesyuarat Agung Pertama PBP MRSM Perlis telah diadakan pada Mei 1990 bertempat di MRSM Beseri. Dari situ, PBP MRSM Perlis telah mula bergerak aktif. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya kursus motivasi dan kerjaya yang telah diadakan di MRSM Beseri.

Pada 9 Ogos 1992, Mesyuarat Agung Kedua PBP MRSM Perlis telah diadakan di Auditorium MARA, Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dijalankan serentak dengan per- jumpaan Hari Raya PBP MRSM Perlis. Menerusi Mesyuarat Agung Kedua ini, saudara Mohd Kashfi Mohd Jailani telah diberi mandat untuk mengetuai PBP MRSM Perlis. Di bawah pimpinannya, PBP MRSM Perlis terus bergerak kehadapan dalam merealisasikan objektif penubuhannya. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya Kursus Motivasi dan Kerjaya telah diadakan pada bulan September 1992, penerbitan Buletin PBP MRSM Perlis, penubuhan perpustakaan ilmiah PBP MRSM Perlis, sumbangan majalah-majalah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) kepada pelajar-pelajar MRSM Perlis den perjumpaan Hari Raya di Auditorium MARA, Kuala Lumpur pede 18 April 1993. Selain itu, ANSERI telah dijemput oleh pihak pengurusan MRSM Beseri untuk menyam- paikan ceramah semasa Minggu Silaturrahim 1993.

Pada 17 September 1993, PBP MRSM Perlis telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Pendaftaran ini melayakkan PBP MRSM Perlis untuk menyertai ANSARA, malahan PBP MRSM Perlis merupakan salah sebuah dari lapan ahli gabungan asal ANSARA selain Persatuan Pelajar Lepasan MRSM Seremban, Kota Bharu, Kuantan, Kulim, Jasin, Kuala Terengganu dan Taiping dan telah bersama-sama ahli gabungan tersebut memainkan peranan yang aktif dalam menjayakan usaha penubuhan ANSARA. Dengan penyertaan PBP MRSM Perlis didalam ANSARA, PBP MRSM Perlis kini dikenali sebagai ANSERI.

Seterusnya, pada 10 April 1994, satu perjumpaan Majlis Hari Raya telah diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung ANSERI. Mesyuarat Agung tersebut merupakan mesyuarat agung pertama selepas pendaftaran persatuan dan pada kali ini Saudara Nasri Nasrun telah dipilih untuk menerajui kepimpinan ANSERI. Sepanjang tempoh tersebut sehingga tahun 1998, kesinambungan penglibatan ANSERI dalam program-program anjuran ANSARA diteruskan melalui pelbagai aktiviti antaranya Jamuan Makan Malam di Hotel Istana yang dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir pad a Disember 1994, perlawanan persahabatan bola sepak dan bola tampar antara PBP MRSM, pelancaran Video Bimbingan Kerjaya oleh Datuk Mustapha Mohamad, Menteri Pembangunan Usahawan di MRSM Taiping pada bulan Februari 1997 dan Projek Video Bimbingan Kerjaya bernilai RM500 ribu yang ditaja oleh Master Carriage (Malaysia) Sdn. Bhd. yang merupakan cetusan idea Saudara Mohd Kashfi dan Saudara Nasri Nasrun. Selain itu, pada 1 November 1997, ANSERI telah terlibat dalam menjayakan Pameran Perdagangan ANSARA dan pelancaran kumpulan PAKAR oleh Tun Dr. Mahathir.

Dari tahun ke tahun, ANSERI terus bergerak kehadapan. Komitmen ANSERI untuk menyumbang semula kepada MRSM Beseri diteruskan dengan program tahunan yang dina- makan Sirih Pulang Ke Gagang atau ringkasnya SPKG. Melalui program ini, ANSERI dengan kerjasama pengurusan MRSM Beseri memanfaatkan ruang masa yang diberikan untuk menyuntik semangat juang kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di MRSM Beseri menerusi program motivasi yang dikendalikan sendiri oleh ahli-ahli ANSERI. Selain itu, menerusi program ini, pelajar-pelajar tersebut turut didedahkan kepada peluang kerjaya oleh ahli-ahli ANSERI. Taklimat kerjaya ini sungguh unik kerana ianya disampaikan sendiri oleh ahli-ahli ANSERI yang terlibat secara langsung dengan kerjaya yang dibicarakan. ANSERI juga melalui ahli-ahlinya turut memainkan peranan menyumbang dalam bentuk kewangan kepada MRSM Beseri. Majlis Graduasi Ke-18 pada 25 Oktober 2003 memperlihatkan tajaan ANSERI dalam bentuk anugerah-anugerah buat pelajar-pelajar cemerlang MRSM Beseri.

Sumbangan ANSERI terhadap masyakat tidak terhad kepada warga MRSM Beseri sahaja. Pada 18 Ogos 2001, ANSERI telah menganjurkan satu Kursus Motivasi di MRSM Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Selain itu, ANSERI juga telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya pada 1 November 2001. Pada masa yang sarna, ANSERI juga terus bekerja rapat dengan ANSARA. Semasa program ANSARA Karnival 2004 dan Pelancaran Tabung HIP diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, ANSERI telah menghantar seramai 20 orang untuk berkhidmat sebagai sukarelawan program tersebut. ANSERI juga telah membuka sebuah kaunter untuk memperkenalkan ANSERI kepada semua warga MRSM. Kaunter tersebut juga telah menerima kunjungan Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Dr. Siti Hasmah Ali.

Di samping itu, ANSERI dari masa ke semasa menganjurkan aktiviti-aktivti untuk ahli-ahli ANSERI. Aktiviti-aktiviti ini diadakan untuk merapatkan hubungan sesama ahli-ahli ANSERI. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya bowling ANSERI, Bola Sepak Jalanan (Street Soccer), majlis berbuka puasaANSERI, perjumpaan Hari Raya ANSERI, Hari Keluarga ANSERI, Hi-Tea ANSERI dan juga turut sarna memeriahkan Liga Alumni ANSARA dengan penyertaan dari ANSERI.

Bagi memudahkan penyampaian berita mutakhir kepada semua ahli, ANSERI telah memperkenalkan laman web di www.anseri.org. Web portal yang dikendalikan sendiri oleh ANSERI ini memainkan peranan yang amat penting penting sebagai titik tumpuan untuk segala informasi berkaitan ANSERI. lanya juga merupakan satu saluran penyebaran maklumat yang efisyen kepada seluruh ahli-ahli ANSERI diserata pelusuk dunia. Selain itu, interaksi sesama ahli ANSERI diperhebatkan dengan wujudnya ANSERI @ Yahoo! Groups, sebuah saluran mailing-list. Melalui saluran ini, pelbagai isu telah dikeutarakan dan dibincangkan sesama ahi ANSERI. lanya juga turut disertai oleh beberapa guru, kaki- tangan serta bekas guru dan kakitangan MRSM Beseri. Sehingga kini, ANSERI mempunyai seramai 170 orang ahli yang berdaftar dengan ANSARA, dan 850 pengguna berdaftar di ANSERI @ Yahoo! Groups.